KUALA LUMPUR, 23 DIS: Tiga penjenayah warga Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri.
KUALA TERENGGANU, 25 OKT: Polis Terengganu menahan seorang wanita warga Rohingya dan dua anak perempuannya dipercayai terlibat kes pecah rumah di sekitar daerah Kemaman.
KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki tatu ahli kongsi gelap "geng 08" dan disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Jalan Dagang Permai 3, Taman Dagang Permai, Ampang, Selangor semalam.
KOTA BHARU, 26 OGOS: Seorang penggangur yang dipercayai terlibat dalam kes mengumpil tingkap sebuah rumah Kampung Belukar, Tapang, di sini 20 Ogos lepas, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Polis percaya berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Petaling Jaya melibatkan kerugian RM24,800 dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita pada 1 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah seorang warga emas di Jalan Indah 3, Taman Cheras Indah di sini bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Polis menembak mati dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Supreme, Cheras dekat sini, awal pagi tadi.
MELAKA, 24 MAC: Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita secara berasingan di luar Melaka pada 14 dan 22 Mac lepas.
SUNGAI BULOH, 10 FEB: Polis menumpaskan sindiket curi motosikal dan pecah rumah “Geng Wan Poca” yang aktif di Selangor sejak awal tahun ini, dalam beberapa serbuan di bawah Ops Lejang Khas selama dua minggu bermula 26 Februari hingga 3 Mac lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.